6 Tunjang KSSR, 1.Komunikasi, 2. Perkembangan Fizikal & Estetika, 3. Kerohanian,Sikap & Nilai, 4.Sains dan Teknologi, 5.Kemanusiaan, 6.Ketrampilan Diri.

Selamat Datang dan Selamat Melawat Blog Sek Keb Tanjong Tokong.

Sabtu, Februari 28, 2009

Kem Bestari Solat Fasa Pertama

proses pendaftaran sedang dijalankan oleh Ustazah Noridayu



NYDP PIBG, Raja Jaafar Bin Raja Abdul Malik menerangkan sesuatu kepada ibu-bapa.

Cikgu Pasdah bersama kumpulannya




Ustazah Hamizah tersenyum sabar melayan kerenah anak2 muridnya









salah seorang murid sedang berlatih azan




melentur buluh biar dari rebungnya, sedari kecil anak2 dilatih mengambil wudhu




solat itu tiang agama, sesiapa tidak mendirikan solat ibarat meruntuhkan agama




sepohon kayu daunnya rimbun

lebat bunganya serta buahnya

walaupun hidup seribu tahun

kalau tak sembahyang apa gunanya



Rabu, Februari 25, 2009

Kem Bistari Solat SKTT

Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong akan mengadakan Kem Bistari Solat fasa pertama pada 27 & 28 Febuari 2009.
Manakala fasa kedua akan diadakan pada 15 & 16 Mei 2009.
Berikutnya fasa ketiga akan diadakan pada 2 & 3 Oktober 2009.
Perserta sasaran adalah murid-murid tahun 1 hingga tahun 4 dianggarkan seramai 235 orang. Ibu bapa dan dermawan yang ingin menyumbang adalah dialu-alukan.

Selasa, Februari 24, 2009

Kem Kepimpinan SKTT 2009


Sek Keb Tanjong Tokong akan mengadakan Kem Kepimpinan pada semester pertama ini. Sasaran peserta adalah pengawas, ketua darjah & Penolong Ketua Darjah dan pengawas pusat sumber.

Kem kepimpinan dijangka akan diadakan pada 13, 14 & 15 Mac 2009. Seramai 100 murid yang memegang pelbagai jawatan akan mengikuti Kem Kepimpinan ini.

Objektif kem ini diadakan adalah untuk menyemai semangat kepimpinan yang baik, beramanah, bertanggungjawab kepada para peserta.


Antara penceramah yang diundang ialah mantan guru yang pernah mengajar di SKTT yang kini menyambung pengajian di Intitiut Teknologi Darul Naim, Pengkalan Chepa Kelantan, iaitu Ustaz Abd Rahman bin

Pihak sekolah mengalu-alukan kepada para ibu bapa dan dermawan yang ingin menyumbang segala bentuk sumbangan seperti biskut, sardin, roti, air minuman. Buah-buahan juga boleh disumbangkan.

Latihan Taekwando SKTT

Kelab Taekwando SKTT telah diadakan setiap hari Jumaat jam 4 petang. Kelas yang diadakan hanya 1 hari seminggu dilihat lebih ramai keahliannya setiap minggu. Syabas Kelab Taekwando SKTT








Ahad, Februari 22, 2009

Selaut Kasih Segunung Harapan

Puan Nurhasmiza Binti Md Nor sedang mempengerusikan majlis.

Ustaz Mohd Roshidan Hassan sedang memohon keberkatan dari Allah Taala.


Guru Besar, Salumah Binti Mohd menyampaikan ucapan aluan.


Naib Yang Dipertua Persatuan Ibubapa Dan Guru, Raja Jaafar Bin Raja Abdul Malik menyampaikan ucapan perasmian.


Cikgu Sinawati Zian menyampaikan penerangan (Bahasa Melayu) kepada para waris.

Cikgu Puan Siah Li Im memberi penerangan mengenai matapelajaran Bahasa Inngeris kepada para waris.

Cikgu Cik Khoo Lee Shee meyampaikan pesanan kepada ibubapa mengenai matapelajaran Matematik.

Cikgu Teh Ai Peng memberi penerangan mengenai matapelajaran Sains kepada para waris.


Encik Azizi Bin Bakar, dari SK Pulau Mertajam menyampaikan ceramah Motivasi kepada para waris dan murid-murid Tahun Enam.










Para Waris, Ibu-bapa dan murid-murid sedang mengikuti penerangan dan ceramah motivasi.

Khamis, Februari 19, 2009

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG 2009

Persatuan Ibu-bapa Dan Guru-guru SK Tanjong Tokong akan mengadakan Mesyuarat Agung pada:

Tarikh : 28 MAC 2009.
Hari : Sabtu Masa : 2.00 petang.
Tempat: Dewan SK Tg Tokong.

Semua ibu-bapa dan guru-guru (Ahli PIBG SK TG Tokong) dijemput menghadiri mesyuarat tersebut. Sebarang usul sila kemukakan kepada setiausaha PIBG sebelum 13 Mac 2009.


Agenda mesyuarat :

1. Ucapan NYDP PIBG
2. Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung 2008/2009.
3. Perkara Berbangkit.
4. Membentang dan menerima Laporan Tahunan Agung sesi 2008/2009.
5. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31.12.2008.
6. Membahaskan Usul.
7. Pembubaran AJK PIBG 2008/2009.
8. Pemilihan AJK PIBG 2009/2010.
9. Ucapan Pernangguhan.

Rabu, Februari 18, 2009

Hasil Kerja Murid Tahun Satu Arif


Hasil kerja murid tahun Satu Arif mengenai pendidikan keselamatan jalan raya.

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Pasukan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong berjaya menewaskan Pasukan Bola Sepak dari Sekolah Kebangsaan Tanjong Bungah dengan 6 gol tanpa balas. Pasukan yang dikendalikan oleh Cikgu Jothi, Ustaz Khairul Azhar dan Cikgu Pasdah berjaya menebus kekecewaan pada perlawanan pertama tempohari. Pada perlawanan pertama, pasukan sekolah tewas 1 - 7 dengan pasukan sekolah St. Xavier.
Syabas di ucapkan. Selamat berjaya....

Selasa, Februari 17, 2009

Sekalong Tahniah.

Warga Sek Keb Tanjong Tokong mengucapkan sekalaong tahniah kepada dua orang guru sekolah ini iaitu Cikgu Nurhasmiza Md Nor dan Ustazah Cik Khadijah Bt Ramli yang berjaya melanjutkan pelajaran melalui Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran di Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang mulai 23 Feb 2009 ini. Semoga cikgu berdua tabah menghadapi suka duka bergelar mahasiswa selepas ini.






Isnin, Februari 16, 2009

Perlawanan Bolasepak Peringkat Zon Kelawai

Pasukan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong telah kecundang dalam perlawanan pertama menentang Sekolah St. Xavier petang tadi. Perlawanan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Pyket itu menyaksikan pasukan sekolah kecundang dengan satu gol berbalas tujuh. Perlawanan susualan akan diadakan pada hari rabu ini. Diharapkan pasukan sekolah akan mencapai kemenangan di perlawanan kedua nanti


Pasukan Bola Sepak Sekolah telah diuruskan oleh Cikgu Jothi, manakala jurulatih diketuai oleh Cikgu Pasdah Ladola dan Ustaz Khairul Azhar bin Abdul Manaf.


Pada perlawanan petang tadi, Cikgu-cikgu Sekolah turut datang memberi sokongan. Antaranya Cikgu Amran dan Ustaz Roshidan. Ada juga ibu bapa yang datang memberi sokongan pada anak-anak mereka.

Ahad, Februari 15, 2009

Ceramah Motivasi Pelajar

Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong telah menghantar murid-murid tahun enam ke Ceramah Motivasi anjuran Pertubuhan Wanita UMNO Bahagian Bukit Bendera. Program telah diadakan pada 15 febuari 2009 bertempat di Dewan Kompleks Masyarakat Penyayang. Ceramah yang diadakan bermula jam 9 pagi turut dihadiri dari murid-murid Sekolah berdekatan lebih kurang dengan kehadiran lebih 200 peserta. Murid-murid telah didengarkan dengan ulaman kata-kata perangsang yang menghiburkan oleh Yang Berbahagia Ustaz Ibrahim bin Yusof. Murid-murid dilihat begitu kusyuk sehingga mengalirkan airmata dengan kata-kata saranan penuh keinsafan sehingga program berakhir jam 12 tengahari.

Murid-murid telah diiringi oleh guru-guru yang berdedikasi, penuh komitmen, dengan harapan murid-murid tahun enam Sek Keb Tanjong Tokong akan lebih cemerlang pencapaian UPSR pada tahun ini.

Antara guru-guru yang mengiringi murid-murid adalah terdiri daripada Cikgu Salbiah bt Zakaria, Cikgu Sinawati bt Zian, Cikgu Khoo Lee Shee, Cikgu Thilagavathy, Cikgu Teh Ai Peng, Cikgu Thinaswary dan Ustaz Roshidan Hassan. Puan Junaidah Kassim selaku AJK PIBG turut hadir memberi sokongan mewakili PIBG.

Semoga dengan Program sebegini adalah diharapkan murid-murid dapat lebih memberi tumpuan kepada pelajaran dan pengajaran di Sekolah.



antara murid-murid SKTT bersama peserta-peserta lain

Sabtu, Februari 14, 2009

Program DIDIK CEMERLANG AKADEMIK


Sek Keb Tanjong Tokong akan mengadakan Program Didik Cemerlang Akademik untuk para pelajar tahun enam. Program ini merupakan satu program yang dianjurkan Pusat Urus Zakat.


Program ini diadakan bagi meningkatkan prestasi murid-murid dalam pelajaran mereka, khususnya untuk subjek-subjek peperiksaan UPSR. Program ini akan diadakan selama 20 minggu mengikut jadual yang ditetapkan. Kehadiran murid-murid adalah diwajibkan.


Kelas akan diadakan selama empat hari selepas tamat waktu persekolahan. Pada Isnin & Selasa kelas akan bermula pada jam 1.10 petang hingga 3.10 petang manakala setiap Rabu & Khamis kelas akan bermula pada jam 1.40 petang hingga 3.40 petang.


Kelas dijadualkan bermula pada 16 febuari 2009 dan dijangka berakhir pada6 ogos 2009. Adalah diharapkan ibu akan mengawasi dan memastikan anak2 mereka hadir ke kelas.


Kelas akan di laksanakan oleh Cikgu Norjanah bt Madli sebagai penyelaras dan akan dibantu oleh Cikgu Teh Ai Peng, Cikgu Thilagavathi, Cikgu Sinawati bt Zian, Cikgu Mimiwati bt Ismail, Cikgu Seah Li Im, Cikgu Khoo Lee Shee dan Cikgu Muliati bt Mohd Ariff.


Kelab Taekwando Sek Keb Tanjong Tokong

Bermula pada 6 febuari 2009 yang lepas Kelab Taekwando Sekolah telah memulakan sessi latihan untuk ahli kelab. Latihan akan diadakan setiap hari jumaat jam 4-6 petang. Setakat ini penyertaan ahli masih kurang memberangsangkan. Kelab taekwando sekolah dipimpin oleh Cikgu Thuraisinggam. Manakala latihan diketuai oleh Sir Maniam dan beberapa orang anak muridnya. Adalah diharapkan ibu bapa dapat menghantar anak2 mereka ke kelab ini kerana banyak kebaikkannya.


Dengan hanya yuran pendaftaran tahunan RM20 bagi murid baru dan RM10 bagi murid lama, yuran bulanan RM15 setiap bulan ( diskaun diberi kepada adik beradik) murid2 akan mendapat ilmu memeprtahankan diri demi keselamatan mereka.

antara aktiviti kelab taekwando, mengadakan persembahan

Latihan Kokurikulum


Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong telah mengadakan latihan sukan setiap petang bagi rumah sukan Laksamana, Syahbandar, Temenggong dan Bendahara. Latihan diadakan sebagai persediaan menghadapi hari sukan sekolah yang akan diadakan nanti. Hari sukan Sek Keb Tanjong Tokong dijangka akan diadakan pada 4 april 2009 akan datang.


Setiap petang juga telah diadakan latihan bagi pasukan bola baling & bola sepak sekolah. Manakala pasukan bola jaring telah mendapat tempat ketiga pada perlawanan bagi Zon Kelawai baru2 ini.

Ahad, Februari 08, 2009

Program Motivasi SKTT

Sek Keb Tanjong Tokong melalui Kelab Kaunseling dengan kerjasama PIBG akan mengadakan Program Motivasi untuk murid-murid tahun enam bersama ibu bapa & guru2. Program tersebut akan diadakan pada 21 febuari 2009 selama satu hari di Sek Keb Tanjong Tokong. Program yang dinamakan Selaut Kasih Segunung Harapan ini turut mengundang para waris ibu bapa bagi turut sama menimba ilmu motivasi yang akan disampaikan oleh encik Azizi bin Bakar.
Segala Maklumat bekaitan akan akan di infokan kemudian...

Sabtu, Februari 07, 2009

Jadual Kelas Tambahan Tahun 6 Anjuran UDA Holding



Sek Keb Tanjong Tokong dengan kerjasama UDA Holding telah mengadakan kelas tambahan untuk murid2 tahun 6 bermula pada 7 febuari 2009 hingga 15 ogos 2009. Kelas akan diadakan setiap hari Sabtu dari jam 7.45 pagi hingga jam 1 tengahari.

Berikut adalah tarikh kelas yang akan diadakan :

7 febuari 2009 ( sabtu )
14 febuari 2009 (sabtu)
21 febuari 2009 (sabtu)
28 febuari 2009 (sabtu)
7 mac 2009 (sabtu)
14 mac 2009 (sabtu)
16 mac 2009 ( isnin - sempena cuti persekolahan )
28 mac 2009 ( sabtu )
4 april 2009 ( sabtu )
11 april 2009 (sabtu )

18 april 2009 (sabtu)

25 april 2009 (sabtu)

2 mei 2009 (sabtu)

9 mei 2009 ( sabtu )

16 mei 2009 (sabtu)

23 mei 2009 (sabtu)

30 mei 2009 (sabtu)

1 jun 2009 (isnin - sempena cuti persekolahan )

2 jun 2009 (selasa - sempena cuti persekolahan )

20 jun 2009 (sabtu)

27 jun 2009 (sabtu)

4 julai 2009 (sabtu)

11 julai 2009 (sabtu)

18 julai 2009 (sabtu)

25 julai 2009 (sabtu)

1 ogos 2009 (sabtu)

8 ogos 2009 (sabtu)

15 ogos 2009 (sabtu)


Tujuh orang guru telah dipertanggungjawabkan untuk memberi kelas tambahan kepada murid2 tahun 6 yang telah dibahagikan kepada empat kumpulan.

Guru2 tersebut adalah :-

1. Cikgu Sinawati bt Zian ( Bahasa Melayu )

2. Cikgu Teh Ai Peng ( Sains )

3. Cikgu Mimiwati bt Ismail ( English )

4. Cikgu Khoo Lee Shee ( Matematik )

5. Cikgu Thinaswary a/p Pawadai Pillai( English )

6. Cikgu Thillagavathy a/p Sellasamy ( Matematik )

7. Cikgu Norjanah bt Madli ( Bahasa Melayu )

SKTT mengucapkan syabas kepada guru2 yang sudi memberi komitmen kepada kelas tambahan ini, adalah diharapkan murid2 dapat menggunakan kelas ini dengan sebaik mungkin dengan pantauan ibu bapa.


Lagi Gambar Latihan Kebakaran SKTT

Semoga dengan latihan kebakaran ini seluruh warga SKTT akan mendapat beberapa pengajaran & faedah berguna. Warga SKTT mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam mejayakan latihan ini.