6 Tunjang KSSR, 1.Komunikasi, 2. Perkembangan Fizikal & Estetika, 3. Kerohanian,Sikap & Nilai, 4.Sains dan Teknologi, 5.Kemanusiaan, 6.Ketrampilan Diri.

Selamat Datang dan Selamat Melawat Blog Sek Keb Tanjong Tokong.

Selasa, Disember 30, 2008

Bertemu Dan Berpisah.

Selamat Datang

Warga SK Tg Tokong mengucapkan selamat datang kepada Encik Shahul Hamid dari Unit Peperiksaan, Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut, Puan Fairuz Binti Ayob dari Sek Keb Seri Permai, Puan Shahida Binti Jaafar, Puan Mazlina Binti Ahmad, Pembantu Pengurusan Murid, Encik Azhar ke SK Tanjong Tokong, selamat menjadi warga SK Tg Tokong serta selamat bertugas di SK Tg Tokong.

Selamat Berpisah

Warga SK Tg Tokong mengucapkan setinggi penghargaan kepada Puan Norlia Binti Ishak yang berpindah ke Sk Kampung Jawa, Encik Izdihar Syazwan Bin Abdul Aziz yang berpindah ke SK Juru, serta Puan Noreha Binti Othman yang berpindah ke SRJK(C) Fuh Sun, Bukit Selambau, Sungai Petani. Bagitu juga dengan Ustaz Abdul Rahman yang menyambung pelajaran di Institut Teknologi Darul Naim, Kelantan. Kenangan bersama kalian akan tetap didalam lipatan ingatan, selamat bertugas di tempat baru.



Ustaz Abdul Rahman dalam kenangan..................... sekarang menyambung pelajaran di Institut Teknologi Darul Naim, Pengakalan Cepa, Kelantan Darul Naim.

Isnin, Disember 22, 2008

Notis Pemberitahuan

Harap Maklum kepada semua guru-guru & staf sokongan Sek Keb Tanjong Tokong akan makluman ini:-

  • 26/12/2008 - 27/12/2008 - Semua guru kelas, guru pusingan hendaklah hadir

untuk membuat persediaan sekolah di buka.

  • 30/12/2008 - Semua guru menghadiri Mesyuarat guru kali 1
  • 31/12/2008 - Mesyuarat AJK Induk Kurikulum

- Mesyuarat AJK Induk HEM

- Mesyuarat AJK Induk Kokurikulum

  • 03/01/2008 - Hari Orentasi Tahun 1

- Hari Orentasi Pra Sekolah

Jumaat, Disember 19, 2008

Walimatul Urus.







Warga SKTT mengucapkan Selamat menempuh alam rumah tangga kepada Rohaya Binti Abdul Manaf dan Ahmad Termizi Bin Chik, Kakak Ustaz Khairul Azhar Bin Abdul Manaf. Jum Kita pakat pergi kerumah keluarga Ustaz Khairul di Permatang Berangan C, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Selamat Pengantin Baru.



Khamis, Disember 18, 2008

Selamat Menyambut Ahli Keluarga Baru







Warga Sek Keb Tanjong Tokong mengucapkan selamat menyambut ahli keluarga baru kepada Cikgu Pasdah Ladola dan Isteri Cikgu Nurul yang menyambut kelahiran anak kedua pada Hari Raya Haji yang lalu. Nama apa agaknya anak Cikgu Pasdah yang kedua ni. Muhammad Amsyar Adha Bin Pasdah Ladola.


Tidak ketinggalan juga kepada Ustazah Hasmahani yang menyambut kelahiran puteri sulung yang diberi nama Nur Syahmina Dini. Tahniah. Semuga rezeki akan bertambah dengan kehadiran ahli keluarga yang baru.










Nur Syahmina Dini

Selamat Pengantin Baru

Warga sekolah mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Norhayati Binti Mohktar dan Ahmad Hisyam Bin Mohammad yang melangsungkan perkahwinan pada 13 Disember 2008 baru-baru ini. Semoga kekal bahagia hingga ke akhirat. Begitu juga warga sekolah mengucapkan selamat pengantin baru kepada anak guru besar SK Tanjong Tokong.

Jumaat, Disember 12, 2008

Sebarang cadangan dan pertanyaan sila emailkan kepada skttpenang@yahoo.com atau mrh2366@yahoo.com.my
Mohd Roshidan Hassan

Sabtu, Disember 06, 2008

skttpenang@yahoo.com

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong, Pulau Pinang.