Sedang diupdate........
Sebelum Pulang Bergambar Bersama Sebagai Kenangan.
kaknab: salam semua, kaknab adalah bekas murid sekolah tg tokong tahun 1963 hingga 1969. cikgu salbiah PK1 kaknab kenal satu sekolah tanjung bunga, suamianya Hassan satu kelas dengan kaknab masa sekolah rendah.
kaknab: pada tahun 1963, kami darjah satu dapat roti dengan keju percuma tiap tiap hari, tapi bodoh betul masa tu keju xlalu masin, buang keju makan roti saja, kerjaaan bagi roti dengan keju supaya murid murid dapat makan yang berzat.
kaknab: ingat lagi masa tu teacher Bahasa Inggeris ialah Mrs Rowland, mem orang putih, kalau silap sebut, the, mother, brother, dengan lidah terjelir kalau salah siap!
masa kaknab kecik kecik beraya kat tanjung tokong adalah sesuatu yang sungguh menyeronokkan. tahu kenapa, masa tu lah dapat banyak sikit dapat duit raya, walaupun satu rumah bagi sekupang, kumpul2 boleh dapat lebih dari rm5. tu dulu, kalau rm5 kira banyaklah. masa tu lah nak beli ais cream yang paling mahal iaitu 30 sen hihihi. lawak, 30 sen ialah ais cream dalam mangkok, china topui yang jual. tok yah jual laksa memang senyum meleret sebab kami nanti makan laksa bermangkok2 satu hari, beli yang mangkok besar 20 sen, kalau mangkok kecil 10 sen. kayalah duit banyak masa tu, makan banyak mangkok. dah ada duit masa tu lah naik bas pi beraya kat tanjung bunga, batu feringgi, rumah adik beradik kawan. dah pakat naik bas satu hari lah menghilang jenuhlah mak bapa hairan pi mana ni, xbalik2 bukan cakap pun dekat makbapa nak jalan jauh, kalau cakap depa nanti xbagi pi lah. dulu dulu main mercun berdebam debum tapi tangan x cedera pun. tak macam budak budak la ni pandai pula modified. raya kat hospital. dulu kalau beli kat kedai satu papan mercun nanti dapat satu gaharu percuma untuk membakar mercun.