6 Tunjang KSSR, 1.Komunikasi, 2. Perkembangan Fizikal & Estetika, 3. Kerohanian,Sikap & Nilai, 4.Sains dan Teknologi, 5.Kemanusiaan, 6.Ketrampilan Diri.

Selamat Datang dan Selamat Melawat Blog Sek Keb Tanjong Tokong.

Sabtu, Mac 28, 2009

Mesyuarat Agung PIBG SKTT Sessi 2008/2009



Persatuan Ibu Bapa & Guru Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong telah mengadakan Mesyuarat Agung bagi sessi 2008/2009.


Mesyuarat Agung telah diadakan pada petang tadi 28 mac 2009, bermula dari jam 2 petang dan berakhir kira-kira jam 6 petang.


Perjalanan majlis bermula dengan ucapan Usatazah Noridayu selaku Pengerusi Majlis, diikuti dengan ucapan sepatah dua kata dari Puan Guru Besar Puan Salumah Mohd.


Majlis turut diserikan dengan ucapan aluan Naib Yang Dipertua PIBG En Raja Jaafar bin Raja Abdul Malek sebelum seterusnya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Mantan Yang Dipertua PIBG Encik Yusri bin Samsudin.


Mesyuarat Agung bermula dengan perlantikan Encik Fauzan bin Ismail sebagai Pengerusi sementara mesyuarat, seterusnya Ahli Mesyuarat bersetuju melantik beliau sebagai YDP PIBG sessi 2009/2010 selepas pengiraan undi dengan tiga pencalonan YDP.


Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG sessi 2009/2010


Yang Dipertua : Encik Fauzan bin Ismail

Naib Yang Dipertua : Encik Hashim bin Ismail

Setiausaha : Encik Amran bin Abdul Manaf

Penolong Setiausaha : Puan Muliati binti Mohd Arif

Bendahari : Cik Teh Ai Peng

AJK Guru :

  1. Puan Yue Ah Guat
  2. Puan Hamizah binti Saleh
  3. Puan Sahida binti Jaafar
  4. Encik Khairul Azhar bin Abdul Manaf
AJK Ibu Bapa:

  1. Puan Junaidah binti Kassim
  2. Puan Azizah binti Mohd Sa
  3. Encik Raja Jaafar bin Raja Abd Malek
  4. Encik Rosli
  5. Encik Khairudin bin Ismail

Pemeriksa Kira-Kira:

  1. Puan Mimiwati binti Ismail ( wakil guru )
  2. Encik Wahab ( wakil ibu bapa )

Banyak juga usul-usul membina yang telah dibincangkan dan diterima oleh Ahli Mesyuarat. Segala keputusan akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG sessi 2009/2010.


Tahniah kepada saf baru kepimpinan PIBG yang telah dipilih. Semoga dapat menjalankan tugas&membantu pihak sekolah dengan lebih cemerlang. Ucapan terima kasih juga kepada mantan-mantan AJK PIBG sessi 2008/2009, segala jasa dan bakti yang dicurah tetap dalam kenangan. Semoga menjadi Amal Jariah yang berpanjangan.



Isnin, Mac 09, 2009

Seminar Memperkasa Keluarga Bebas Dadah

Pada 8 mac 2009 pihak sekolah telah menghantar wakil ibu bapa, guru & PIBG ke Seminar Memperkasa Keluarga Bebas Dadah anjuran Biro Wanita PEMADAM Daerah Timur Laut.

Seminar diadakan di Berjaya Hotel, Pulau Tikus bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Selain taklimat dari pihak Jabatan Narkotik Daerah Timur Laut, Seminar juga diisi dengan satu forum yang yang bertajuk Dalam Konteks Keluarga Bebas Dadah (T.A.B.A.H) iaitu Tegas, Amanah, Berani, Adil dan Harmoni.

Ahli Panel terdiri daripada Dr Lai Fong Hua, Pakar Psikitrik Hospital Pulau Pinang, En Wan Mohd Khair Wan Chik, Kaunselor Warga Sejahtera USM Pulau Pinang dan Ustaz Ibrahim Yusof dari LPPKN Pulau Pinang.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh ADUN Pulau Tikus



Ketua Jabatan Narkotik Daerah Timur Laut sedang memberi ucapan


seorang Inspektor dari Jabatan Narkotik sedang memberi taklimat berkaitan dadah


salah seorang ahli panel, Ustaz Ibrahim Yusof


YB Pulau Tikus sedang merasmikan majlis penutup

HIDUP BAHAGIA TANPA DADAH

KELUARGA BEBAS DADAH

SEKOLAH BEBAS DADAH

MASYARAKAT BEBAS DADAH

NEGARA BEBAS DADAH

Jumaat, Mac 06, 2009

Program Keceriaan SKTT



Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong telah mengadakan Program Keceriaan Sekolah secara gotong royong antara guru-guru pada petang 6 Mac 2009.


Antara aktiviti yang diadakan mencantikkan kawasan kantin, padang dan menanam pokok-pokok bunga.


Aktiviti melukis mural didinding sekolah juga turut dilakukan oleh guru-guru.

Latihan Bola Baling SKTT



Setelah selesai perlawanan Bola Sepak, Bola Jaring & Sepak Takraw, kini SKTT sedang giat melakukan latihan Bola Baling.


Pasukan Bola Baling yang diurus & dilatih oleh Cikgu Mimiwati & Cikgu Nazri mempunyai dua pasukan lelaki & perempuan.


Perlawanan Bola Baling akan diadakan pada 30 Mac 2009.


Selamat Berjaya diucapkan kepada pasukan Bola Baling

Pasukan Bola Sepak SKTT



Pasukan Bola Sepak SKTT hanya berjaya meraih tempat ketiga dalam perlawanan peringkat Zon Kelawai. Pasukan Bola Sepak SKTT tewas di tangan Sekolah Kebangsaan Telok Bahang dengan empat gol tanpa balas.


Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemain, pengurus & jurulatih yang terlibat. Semoga akan berusaha dengan lebih gigih lagi pada tahun hadapan dan berupaya mendapat kejayaan yang lebih cemerlang.

UPTP 1



Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong baru sahaja selesai menjalani Ujian Penilaian Tahap Pencapaian ( UPTP 1 ). Ujian yang bermula pada 3 Mac 2009 berakhir pada hari ini Jumaat 6 Mac 2009.


Pihak Sekolah mengharapkan prestasi murid-murid pada Ujian awal ini akan membuahkan hasil yang baik.

Isnin, Mac 02, 2009

Pengawas SKTT 2009

Pengawas SKTT bersedia memikul tanggungjawab dan tugas dengan penuh berdedikasi. Bergambar selepas menerima watikah perlantikan dari Pn Guru Besar, Cikgu Salumah Binti Muhd.

Guru-guru Penasihat Badan Pengawas dan Disiplin.

Puan Noridayu Binti Harun.
En Mohd Nazri Bin Abu Hussain,
Cik Thilaggavathy a/p Salasamy,
Pn Norhayati Binti Mokhtar,
En Jalil Bin Abdul Karim,
Puan Fauziah Binti Salleh.

Hadiah Tempat Ketiga.............

Pasukan Sepaktakraw SKTT dengan medal tempat ketiga setelah 5 tahun menjadi Johan Zon Kelawai..... SKTT akan menjulang juara tahun hadapan.



Pasukan Bola Jaring juga mendapat tempat ketiga bersama dengan medal bergambar bersama Pn Shamini Bai selepas menerima hadiah daripada Pn Guru Besar.


Lahitan Bola Sepak........ Menjulang Juara...

En Pasdah Ladola memberi tunjuk ajar / arahan kepada pemainnya semasa latihan intensiv setiap petang.

Cikgu Pasdah & Cikgu Jothi sedang bekerjasama memberi latihan terbaik kepada pasukan bola sepak SKTT

pasukan bola sepak SKTT bersungguh-sungguh mengikuti latihan yang diberikan

semoga pasukan bola sepak SKTT mencapai kejayaan