Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong , Pulau Pinang telah diasaskan pada tahun 1898 . Bangunan pertamanya ialah di tepi pantai berhadapan dengan Masjid Karwa yang terletak di persimpangan Jalan Tanjong Tokong Lama dan Jalan Tanjong Tokong Baru . bangunan ini kemudiannya terbakar,. setelah di baik pulih dan diubah suai , bangunan itu dijadikan kauters kediaman kakitangan rendah Jabatan Kerja Raya . Penduduk-penduduk tempatan menyebutnya sebagai bangunan terbakar.
Kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan baru di atas bukit berhadapan dengan masjid Tuan Guru bagi menempatkan murid-murid. Pada masa itu ia dikenali sebagai Sekolah Melayu Tanjong Tokong, sebuah rumah guru juga didirikan berhampiran dengan bangunan sekolah tersebut untuk dijadikan kediaman Guru Besar . bentuk bangunan sekolah dan rumah guru itu bercirikan كوليال iaitu beratap genting,, berdinding papan dan bertiang bata, bangunan sekolah ketika itu tidak mempunyai bilik tertentu, ia hanya satu bangunan panjang seperti rumah panjang yang terdapat di Sarawak,. hanya tiga buah bilik darjah sahaja yang dapat diwujudkan dengan menggunakan bidang pemisah yang diperbuat daripada bertam, juga telah diwujudkan satu ruang kecil untuk dijadikan Pejabat Guru Besar.
Bagi menampung bilangan murid yang kian bertambah ketika itu , sebuah bangunan tambahan telah didirikan berhampiran bangunan induk, bangunan tambahan ini merupakan sebuah bangsal yang beratapkan daun nipah dan berdindingkan bertam tanpa sebarang tingkap . bangsal ini dapat mewujudkan dua buah bilik darjah dengan pemisah nya ialah bidang bertam .
Walaupun bangunan sekolah telah dirobohkan, rumah guru masih tegak berdiri hingga ke hari ini , malah sedang dihuni oIeh seorang pendidik dan keluarganya. Salah seorang murid yang mendapat pendidikan awalnya di sekolah ini ialah Tan Seri Datuk Ilias bin Ammar iaitu bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Pada tahun 1955, dua blok bangunan telah didirikan di atas tanah yang ditebus guna berhampiran jalan baru Tanjong Tokong bagi menampung bilangan murid yang kian bertambah, pada mulanya bangunan tersebut telah dikongsi bersama dengan sekolah Inggeris Tanjong Tokong yang menggunakan blok A dan Sekolah Umum Tanjong Tokong yang menggunakan blok B, pada masa itu kerajaan telah menukarkan nama sekolah Melayu kepada sekolah umum . ketika itu,, Sekolah Umum Tanjong Tokong mula mempunyai dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang, bangunan lama di atas bukit masih terus digunakan

Pada tahun 1960, Sekolah Inggeris Tanjong Tokong telah berpindah ke bangunannya sendiri di Jalan Tan Jit Seng, Tanjong Bunga dan dinamakan sekolah Inggeris Tanjong Bunga, manakala Sekolah Umum Tanjong Tokong mengambil alih kedua-dua blok bangunannya .
Pada penghujung tahun 1960 , kerajaan telah menukarkan nama sekolah umum kepada sekolah Kebangsaan maka dengan rasminya sekolah umum Tanjong tokong ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong .
Pada tahun 1985, Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong telah mendapat sebuah bangunan baru berupa sebuah blok tiga tingkat manakala blok A dan blok B bangunan lama telah dirobohkan dan kawasan tapaknya dijadikan padang permainan hingga ke hari ini .
Bangunan baru ini mempunyai 12 bilik darjah, sebuah bilik guru, pejabat Guru Besar , Pusat Sumber, 6 buah tandas murid, 2 tandas guru, beberapa stor kecil , belek siaran, surau dan kantin .
Pada tahun 1991, pengubahsuaian kecil telah dilakukan untuk mewujudkan bilik prasekolah manakala pada awal tahun 1993 telah didirikan sebuah bilik bengkel untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup.
Pada bulan Disember 1991, sebahagian daripada kawasan padang permainan telah digunakan untuk membina sebuah bangunan yang dinamakan Pusat Kegiatan Guru Kawasan Tanjong Bunga.

Info Terkini

Jadual latihan rumah-rumah sukan S.K.T.T


bermula 29hb Mac 2010 hingga 5hb April 2010

Isnin - Rumah Temenggong ( Merah)
Selasa - Rumah Laksamana ( Hijau )
Rabu - Rumah Shahbandar ( Biru )
Khamis -Rumah Bendahara ( Kuning)

Masa 3.30Ptg Hingga - 5.00 Ptg

Tempat : Padang Sekolah kebangsaan Tanjong Tokong

Pakaian : Pakaian Sukan

Murid-murid dikehendaki membawa minuman sendiri

Rabu, Mac 24, 2010

Sabtu, Mac 06, 2010

Ceramah Tingkah Laku Kanak-Kanak Dan Mesyuarat Agong PIBG 2010

Alhamdulillah.... ceramah tingkah laku kanak-kanak, cermah motivasi tahun 6 dan mesyuarat agung PIBG bagi sesi 2010/2011 telah selamat dijalankan. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program tersebut yang telah diadakan pada Hari Sabtu 6 Mac 2010.

Rabu, Mac 03, 2010

Mesyuarat Agong PIBG dan Ceramah Motivasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dijemput Semua ibu/bapa/waris/penjaga dan kakitangan sekolah hadir ke Mesyuarat Agong PIBG dan Ceramah Memahami Tingkahlaku Kanak-Kanak.. Maklumat lanjut seperti dibawah :-

Tarikh : 6 Mac 2010
Hari : Sabtu
Tentatif Program :-
- 07.45 Pagi : Pendaftaran
- 08.00 Pagi : Bacaan Doa
- 08.10 Pagi : Ceramah
- Ibu bapa dan Guru : Prof Madya Dr Zasmani Bt Shafie
- Pelajar Tahun 6 : En. Mohd Rugba B. Othman.
10.00 Pagi : Rehat
10.30 Pagi : Mesyarat Agong PIBG bermula.

Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan dapat menyerikan lagi majlis ini.

Ahad, Januari 17, 2010

Latihan Persediaan Sepak Takraw

Sebahagian Murid Sekolah sedang melakukan latihan persedian pasukan sekolah untuk pertandingan Sepaktakraw Peringkat Zon Kelawai. Latihan dikendalikan oleh Cikgu Jalil Abdul Karim bersama Cikgu Mohd Nazri Hussain. Selalunya latihan ini dikendalikan oleh Cikgu Baba yang terlah berpindah ke SRKJC Convent Datuk Keramat. Cikgu Baba dah sinonim dengan SK Tg Tokong. Sebut Takraw dah tahu siapa jurulatihnya yang tidak mengira masa dan tenaga dicurahkan untuk murid-murid SK Tanjong Tokong. Jasamu di kenang Cikgu Baba. Kami rindukan gurauan mu.......


Murid melakukan aktiviti latihan.


Jaga mengambil kesempatan mencuci motosikal. Boleh ka?




Khamis, Disember 31, 2009

Selamat Datang Murid-Murid Tahun 1 & Prasekolah 2010

Selamat menjalani hari orentasi kepada murid-murid tahun 1 & prasekolah SKTT tahun 2010. Hari orentasi akan diadakan pada 2 januari 2010 bermula jam 8.30 hingga 11.30 pagi. 

Aturcara Orentasi Tahun 1 :

8.30 hingga 10.00 pagi - Pendaftaran, Kutipan Yuran & Fail Biru, Ujian Diagnostik

10.00 hingga 10.30 pagi - Rehat

10.30 hingga 11.30 pagi - Ujian Lisan, Aktiviti Melukis & Mewarna 

11.30 pagi - Taklimat Ibu Bapa di Dewan

Aturcara Prasekolah :

8.30 hingga 10.00 pagi - Pendaftaran, Kutipan Yuran, Aktiviti Mewarna

10.00 hingga 10.30 pagi - Rehat

10.30 hingga 11.30 pagi -Aktiviti Melukis & Taklimat Ibu Bapa

 

Jumaat, Disember 11, 2009

KEMASUKAN MURID KE TAHUN SATU 2010


Dimaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2010 akan bermula pada 04.01.2010. 

Pengesahan Belajar dan Orentasi Murid Tahun Satu akan diadakan pada:

Tarikh:  02.01.2010

Hari : Sabtu.

Jam :  8.30 Pagi

Tempat : Dewan Sekolah.

Semua Murid tahun satu 2010 diminta hadir dengan memakai Pakaian Seragan Sekolah yang lengkap dan membawa bersama dokumen berikut:

  1. Semua dokumen / borang yang terdapat di dalam fail yang telah diberikan kepada ibu/bapa/waris semasa membuat pengesahan sebelum ini. Dokumen tersebut hendaklah diisi dengan lengkap.
  2. Borang BMM (Borang Maklumat Murid) yang disetakan bersama surat panggilan pendaftaran. Isi dengan lengkap.
  3. Salinan Sijil Lahir.
  4. 2 Keping gambar berukuran pasport.

Ibu bapa yang ingin membeli keperluan persekolahan bagi murid tahun satu kedai buku akan dibuka mulai 16.12.2009 Jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi.

ATURCARA HARI ORENTASI TAHUN SATU.

  • 8.30  -   9.00  am:  Pendaftaran.
  • 9.00  - 10.00 am:  Urusan Pembayaran Yuran / Buku Tulis.
  • 10.00- 10.30 am:  Rehat
  • 10.30- 12.00 am:  Taklimat Ibu-bapa Oleh Guru Besar

Terima Kasih.

Jumaat, Disember 04, 2009



TAKLIMAT PENEMPATAN PELAJAR
TINGKATAN 1/PERALIHAN TAHUN 2010


TARIKH-TARIKH PENTING


4 DISEMBER 2009Taklimat PK Hem


7 DISEMBER 2009Surat tawaran penempatan

Sek Men ( Pihak sekolah rendah memaklumkan kepada waris mengambil surat

penempatan di sekolah )


15 DISEMBER 2009Waris membuat pengesahan pendaftaran di sekolah menengah yang ditempatkan.Rayuan menggunakan Borang RT1(warna biru) di sekolah menengah . Tarikh tutup rayuan pada 16 DISEMBER 2009 sebelum jam 4.00petang.


28 DISEMBER 2009 –Keputusan rayuan ( semak di sekolah menengah

penempatan asal


Kes rayuan


Dokumen yang diperlukan

- Salinan Keputusan UPSR 2009

- Alamat/bukti tukar alamat ( salinan)

- Bukti kakak/abang di sekolah menengah yang diminta (salinan)


Murid Bukan warganegara


Dimaklumkan kepada waris murid berkenaan supaya berurusan dengan Unit Perhubungan dan Pendaftaran,JPN Pulau Pinang.


Senarai murid bukan warganegara


SK TANJONG TOKONG


NORAISHAH BINTI MOHAMAD YUSUF

KEMASUKAN MURID KE PRASEKOLAH 2010

Adalah dimaklumkan kepada semua ibubapa bahawa pengesahan dan Oreantasi Murid di SK Tanjong Tokong akan diadakan pada:

TARIKH: 02.01.2010

HARI: SABTU

JAM: 8.30 PAGI

TEMPAT: DEWAN SEKOLAH

Para ibubapa dikehendaki membawa bersama Dokumen berikut:

1. Salinan Sijil Lahir anak.

2. Bayaran Uniform Prasekolah  2 Pasang x RM26.00 = RM52.00

3. T-Shirt dan seluar  = RM18.00

4. Insuran Takaful = RM1.50.

Sekian Terima Kasih.

Khamis, Disember 03, 2009

SELAMAT DATANG CIKGU.....

Warga Sek Keb Tanjong Tokong mengalu-alukan kedatangan guru baru ke SKTT bermula 1 Disember 2009.

1. Cikgu Puan Noradhilla Binti Abdul Muain, yang berpindah dari SK Permatang Pelandok, Chenderong Balai, Perak. 

2. Cikgu Cik Hazirawati Binti Mohamad Johan yang berpindah dari SK Rumah Undi, Niah Serawak. Beliau juga pernah menjadi guru sandaran di SKTT pada tahun 2002 dahulu. 

Warga SKTT mengucapkan selamat datang dan menjalankan tugas di SKTT. Selamat menjadi warga SKTT........

SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU.

Seluruh warga SKTT mengucapkan selamat bertugas di sekolah yang baru kepada guru-guru yang berpindah, mereka ialah:

1. Cikgu Puan Norjanah Binti Madli yang berpendah ke negeri kelahirannya Serawak.

2. Cikgu Puan Muliati Binti Mohd Arif yang berpindah ke SK Chuping Perlis.

3. Cikgu Puan Norhalimi Binti Abdul Rahim yang berpindah ke SK Dato Keramat, Pulau Pinang.

Jasa dan pengorbanan kalian semasa berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong amat dihargai dan akan menjadi ingatan dalam memori SK tanjong Tokong.  Jasa kalian akan tetap dikenang sepanjang zaman.

Khamis, November 19, 2009

Tahniah Anak2 Didik SKTT

Tahniah kepada Guru2, ibu bapa & anak2 didik tahun 6 SKTT kerana telah mencapai keputusan UPSR masing2 hari ini. 3 orang telah mendapat 5 A, manakala lebih 10 orang mendapat 4 A 1 B manakala selebihnya mendapat 3 A 2 B & lain2 keputusan.




Majlis Perpisahan Puan Guru Besar

Hari hari terakhir Puan Salumah Muhamad di Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong. Budi & jasamu tetap dikenang selagi hayat dikandung badan.