6 Tunjang KSSR, 1.Komunikasi, 2. Perkembangan Fizikal & Estetika, 3. Kerohanian,Sikap & Nilai, 4.Sains dan Teknologi, 5.Kemanusiaan, 6.Ketrampilan Diri.

Selamat Datang dan Selamat Melawat Blog Sek Keb Tanjong Tokong.

Khamis, Disember 31, 2009

Selamat Datang Murid-Murid Tahun 1 & Prasekolah 2010

Selamat menjalani hari orentasi kepada murid-murid tahun 1 & prasekolah SKTT tahun 2010. Hari orentasi akan diadakan pada 2 januari 2010 bermula jam 8.30 hingga 11.30 pagi. 

Aturcara Orentasi Tahun 1 :

8.30 hingga 10.00 pagi - Pendaftaran, Kutipan Yuran & Fail Biru, Ujian Diagnostik

10.00 hingga 10.30 pagi - Rehat

10.30 hingga 11.30 pagi - Ujian Lisan, Aktiviti Melukis & Mewarna 

11.30 pagi - Taklimat Ibu Bapa di Dewan

Aturcara Prasekolah :

8.30 hingga 10.00 pagi - Pendaftaran, Kutipan Yuran, Aktiviti Mewarna

10.00 hingga 10.30 pagi - Rehat

10.30 hingga 11.30 pagi -Aktiviti Melukis & Taklimat Ibu Bapa

 

Jumaat, Disember 11, 2009

KEMASUKAN MURID KE TAHUN SATU 2010


Dimaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2010 akan bermula pada 04.01.2010. 

Pengesahan Belajar dan Orentasi Murid Tahun Satu akan diadakan pada:

Tarikh:  02.01.2010

Hari : Sabtu.

Jam :  8.30 Pagi

Tempat : Dewan Sekolah.

Semua Murid tahun satu 2010 diminta hadir dengan memakai Pakaian Seragan Sekolah yang lengkap dan membawa bersama dokumen berikut:

  1. Semua dokumen / borang yang terdapat di dalam fail yang telah diberikan kepada ibu/bapa/waris semasa membuat pengesahan sebelum ini. Dokumen tersebut hendaklah diisi dengan lengkap.
  2. Borang BMM (Borang Maklumat Murid) yang disetakan bersama surat panggilan pendaftaran. Isi dengan lengkap.
  3. Salinan Sijil Lahir.
  4. 2 Keping gambar berukuran pasport.

Ibu bapa yang ingin membeli keperluan persekolahan bagi murid tahun satu kedai buku akan dibuka mulai 16.12.2009 Jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi.

ATURCARA HARI ORENTASI TAHUN SATU.

  • 8.30  -   9.00  am:  Pendaftaran.
  • 9.00  - 10.00 am:  Urusan Pembayaran Yuran / Buku Tulis.
  • 10.00- 10.30 am:  Rehat
  • 10.30- 12.00 am:  Taklimat Ibu-bapa Oleh Guru Besar

Terima Kasih.

Jumaat, Disember 04, 2009



TAKLIMAT PENEMPATAN PELAJAR
TINGKATAN 1/PERALIHAN TAHUN 2010


TARIKH-TARIKH PENTING


4 DISEMBER 2009Taklimat PK Hem


7 DISEMBER 2009Surat tawaran penempatan

Sek Men ( Pihak sekolah rendah memaklumkan kepada waris mengambil surat

penempatan di sekolah )


15 DISEMBER 2009Waris membuat pengesahan pendaftaran di sekolah menengah yang ditempatkan.Rayuan menggunakan Borang RT1(warna biru) di sekolah menengah . Tarikh tutup rayuan pada 16 DISEMBER 2009 sebelum jam 4.00petang.


28 DISEMBER 2009 –Keputusan rayuan ( semak di sekolah menengah

penempatan asal


Kes rayuan


Dokumen yang diperlukan

- Salinan Keputusan UPSR 2009

- Alamat/bukti tukar alamat ( salinan)

- Bukti kakak/abang di sekolah menengah yang diminta (salinan)


Murid Bukan warganegara


Dimaklumkan kepada waris murid berkenaan supaya berurusan dengan Unit Perhubungan dan Pendaftaran,JPN Pulau Pinang.


Senarai murid bukan warganegara


SK TANJONG TOKONG


NORAISHAH BINTI MOHAMAD YUSUF

KEMASUKAN MURID KE PRASEKOLAH 2010

Adalah dimaklumkan kepada semua ibubapa bahawa pengesahan dan Oreantasi Murid di SK Tanjong Tokong akan diadakan pada:

TARIKH: 02.01.2010

HARI: SABTU

JAM: 8.30 PAGI

TEMPAT: DEWAN SEKOLAH

Para ibubapa dikehendaki membawa bersama Dokumen berikut:

1. Salinan Sijil Lahir anak.

2. Bayaran Uniform Prasekolah  2 Pasang x RM26.00 = RM52.00

3. T-Shirt dan seluar  = RM18.00

4. Insuran Takaful = RM1.50.

Sekian Terima Kasih.

Khamis, Disember 03, 2009

SELAMAT DATANG CIKGU.....

Warga Sek Keb Tanjong Tokong mengalu-alukan kedatangan guru baru ke SKTT bermula 1 Disember 2009.

1. Cikgu Puan Noradhilla Binti Abdul Muain, yang berpindah dari SK Permatang Pelandok, Chenderong Balai, Perak. 

2. Cikgu Cik Hazirawati Binti Mohamad Johan yang berpindah dari SK Rumah Undi, Niah Serawak. Beliau juga pernah menjadi guru sandaran di SKTT pada tahun 2002 dahulu. 

Warga SKTT mengucapkan selamat datang dan menjalankan tugas di SKTT. Selamat menjadi warga SKTT........

SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU.

Seluruh warga SKTT mengucapkan selamat bertugas di sekolah yang baru kepada guru-guru yang berpindah, mereka ialah:

1. Cikgu Puan Norjanah Binti Madli yang berpendah ke negeri kelahirannya Serawak.

2. Cikgu Puan Muliati Binti Mohd Arif yang berpindah ke SK Chuping Perlis.

3. Cikgu Puan Norhalimi Binti Abdul Rahim yang berpindah ke SK Dato Keramat, Pulau Pinang.

Jasa dan pengorbanan kalian semasa berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong amat dihargai dan akan menjadi ingatan dalam memori SK tanjong Tokong.  Jasa kalian akan tetap dikenang sepanjang zaman.

Khamis, November 19, 2009

Tahniah Anak2 Didik SKTT

Tahniah kepada Guru2, ibu bapa & anak2 didik tahun 6 SKTT kerana telah mencapai keputusan UPSR masing2 hari ini. 3 orang telah mendapat 5 A, manakala lebih 10 orang mendapat 4 A 1 B manakala selebihnya mendapat 3 A 2 B & lain2 keputusan.




Majlis Perpisahan Puan Guru Besar

Hari hari terakhir Puan Salumah Muhamad di Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong. Budi & jasamu tetap dikenang selagi hayat dikandung badan.








Jumaat, November 13, 2009

Hari Kanak-Kanak SKTT








Bengkel Tahun 5 & 6

















Kem Lesterasi Al Quran ( KLAQ )

Kem lesterasi al quran telah di jalan kan pada 9, 10 dan 23,24 Okt 2009 murid-murid yang terlibat adalah dari murid-murid darjah 1,2,3 dan 4 yang masih belum menguasai al-quran sepenuhnya.

Kem ini juga telah di bimbing oleh kakak-kakak dari SMKA Al-Mashoor (P)