6 Tunjang KSSR, 1.Komunikasi, 2. Perkembangan Fizikal & Estetika, 3. Kerohanian,Sikap & Nilai, 4.Sains dan Teknologi, 5.Kemanusiaan, 6.Ketrampilan Diri.

Selamat Datang dan Selamat Melawat Blog Sek Keb Tanjong Tokong.

Rabu, Mac 24, 2010

Sabtu, Mac 06, 2010

Ceramah Tingkah Laku Kanak-Kanak Dan Mesyuarat Agong PIBG 2010

Alhamdulillah.... ceramah tingkah laku kanak-kanak, cermah motivasi tahun 6 dan mesyuarat agung PIBG bagi sesi 2010/2011 telah selamat dijalankan. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program tersebut yang telah diadakan pada Hari Sabtu 6 Mac 2010.

Rabu, Mac 03, 2010

Mesyuarat Agong PIBG dan Ceramah Motivasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dijemput Semua ibu/bapa/waris/penjaga dan kakitangan sekolah hadir ke Mesyuarat Agong PIBG dan Ceramah Memahami Tingkahlaku Kanak-Kanak.. Maklumat lanjut seperti dibawah :-

Tarikh : 6 Mac 2010
Hari : Sabtu
Tentatif Program :-
- 07.45 Pagi : Pendaftaran
- 08.00 Pagi : Bacaan Doa
- 08.10 Pagi : Ceramah
- Ibu bapa dan Guru : Prof Madya Dr Zasmani Bt Shafie
- Pelajar Tahun 6 : En. Mohd Rugba B. Othman.
10.00 Pagi : Rehat
10.30 Pagi : Mesyarat Agong PIBG bermula.

Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan dapat menyerikan lagi majlis ini.

Ahad, Januari 17, 2010

Latihan Persediaan Sepak Takraw

Sebahagian Murid Sekolah sedang melakukan latihan persedian pasukan sekolah untuk pertandingan Sepaktakraw Peringkat Zon Kelawai. Latihan dikendalikan oleh Cikgu Jalil Abdul Karim bersama Cikgu Mohd Nazri Hussain. Selalunya latihan ini dikendalikan oleh Cikgu Baba yang terlah berpindah ke SRKJC Convent Datuk Keramat. Cikgu Baba dah sinonim dengan SK Tg Tokong. Sebut Takraw dah tahu siapa jurulatihnya yang tidak mengira masa dan tenaga dicurahkan untuk murid-murid SK Tanjong Tokong. Jasamu di kenang Cikgu Baba. Kami rindukan gurauan mu.......


Murid melakukan aktiviti latihan.


Jaga mengambil kesempatan mencuci motosikal. Boleh ka?