6 Tunjang KSSR, 1.Komunikasi, 2. Perkembangan Fizikal & Estetika, 3. Kerohanian,Sikap & Nilai, 4.Sains dan Teknologi, 5.Kemanusiaan, 6.Ketrampilan Diri.

Selamat Datang dan Selamat Melawat Blog Sek Keb Tanjong Tokong.

Sabtu, Februari 14, 2009

Program DIDIK CEMERLANG AKADEMIK


Sek Keb Tanjong Tokong akan mengadakan Program Didik Cemerlang Akademik untuk para pelajar tahun enam. Program ini merupakan satu program yang dianjurkan Pusat Urus Zakat.


Program ini diadakan bagi meningkatkan prestasi murid-murid dalam pelajaran mereka, khususnya untuk subjek-subjek peperiksaan UPSR. Program ini akan diadakan selama 20 minggu mengikut jadual yang ditetapkan. Kehadiran murid-murid adalah diwajibkan.


Kelas akan diadakan selama empat hari selepas tamat waktu persekolahan. Pada Isnin & Selasa kelas akan bermula pada jam 1.10 petang hingga 3.10 petang manakala setiap Rabu & Khamis kelas akan bermula pada jam 1.40 petang hingga 3.40 petang.


Kelas dijadualkan bermula pada 16 febuari 2009 dan dijangka berakhir pada6 ogos 2009. Adalah diharapkan ibu akan mengawasi dan memastikan anak2 mereka hadir ke kelas.


Kelas akan di laksanakan oleh Cikgu Norjanah bt Madli sebagai penyelaras dan akan dibantu oleh Cikgu Teh Ai Peng, Cikgu Thilagavathi, Cikgu Sinawati bt Zian, Cikgu Mimiwati bt Ismail, Cikgu Seah Li Im, Cikgu Khoo Lee Shee dan Cikgu Muliati bt Mohd Ariff.


Tiada ulasan: