6 Tunjang KSSR, 1.Komunikasi, 2. Perkembangan Fizikal & Estetika, 3. Kerohanian,Sikap & Nilai, 4.Sains dan Teknologi, 5.Kemanusiaan, 6.Ketrampilan Diri.

Selamat Datang dan Selamat Melawat Blog Sek Keb Tanjong Tokong.

Isnin, Februari 16, 2009

Perlawanan Bolasepak Peringkat Zon Kelawai

Pasukan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong telah kecundang dalam perlawanan pertama menentang Sekolah St. Xavier petang tadi. Perlawanan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Pyket itu menyaksikan pasukan sekolah kecundang dengan satu gol berbalas tujuh. Perlawanan susualan akan diadakan pada hari rabu ini. Diharapkan pasukan sekolah akan mencapai kemenangan di perlawanan kedua nanti


Pasukan Bola Sepak Sekolah telah diuruskan oleh Cikgu Jothi, manakala jurulatih diketuai oleh Cikgu Pasdah Ladola dan Ustaz Khairul Azhar bin Abdul Manaf.


Pada perlawanan petang tadi, Cikgu-cikgu Sekolah turut datang memberi sokongan. Antaranya Cikgu Amran dan Ustaz Roshidan. Ada juga ibu bapa yang datang memberi sokongan pada anak-anak mereka.

Tiada ulasan: