6 Tunjang KSSR, 1.Komunikasi, 2. Perkembangan Fizikal & Estetika, 3. Kerohanian,Sikap & Nilai, 4.Sains dan Teknologi, 5.Kemanusiaan, 6.Ketrampilan Diri.

Selamat Datang dan Selamat Melawat Blog Sek Keb Tanjong Tokong.

Sabtu, Mei 16, 2009

Selamat Hari Hari Guru

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang1979

2 ulasan:

Nurul Amirah Fatin Binti Mohd Roshidan berkata...

selamat hari guru kepada semua guru2 di sktt...moga terus maju!!!

mama moden berkata...

selamat hari guru kpd semua guru2 di SKTT. smoga terus menjadi guru yang cemerlang & berdedikasi.
terima kasih kerana mendidik anak2 kami