6 Tunjang KSSR, 1.Komunikasi, 2. Perkembangan Fizikal & Estetika, 3. Kerohanian,Sikap & Nilai, 4.Sains dan Teknologi, 5.Kemanusiaan, 6.Ketrampilan Diri.

Selamat Datang dan Selamat Melawat Blog Sek Keb Tanjong Tokong.

Khamis, April 30, 2009

Seluruh Warga SKTT Turut merasa kehilangan

Seorang murid Sekolah ini telah terlibat dalam kemalangan di Simpang Mata Air Tanjong Tokong pada 27 April 2009 jam lebih kurang pukul 11 malam. Murid tersebut Shamimi Talib dari darjah 6 Cekal telah mendapat kecederaan serius di bahagian kaki, Beliau telah meninggal dunia pada jam 10 pagi, jenazah Allahyarhamah Shamimi Talib di sembahyangkan di Surau Flat Uda, turut menziarahi rakan-rakan dan Guru-guru Sek Keb Tanjong Tokong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tanjong Tokong pada jam 6.30 petang. Semoga Allah tempatkan Shamimi Talib bersama orang-orang yang soleh. Amin

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Al-Fatehah kepada roh Allahyaharmah Shamimi, semoga dicucuri rahmat dari Allah SWT.

Peringatan pada murid-murid semua yang lain, janganlah menunggang atau membonceng motosikal kalau tidak memakai topi keledar dan mempunyai lesen. Jangan susahkan mak bapa. Semoga keluarga En. Talib reda dan tabah melalui ujian Allah, Amin.