Isnin, Mac 23, 2009
Isnin, Mac 09, 2009
Seminar Memperkasa Keluarga Bebas Dadah
Pada 8 mac 2009 pihak sekolah telah menghantar wakil ibu bapa, guru & PIBG ke Seminar Memperkasa Keluarga Bebas Dadah anjuran Biro Wanita PEMADAM Daerah Timur Laut.
Seminar diadakan di Berjaya Hotel, Pulau Tikus bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
Selain taklimat dari pihak Jabatan Narkotik Daerah Timur Laut, Seminar juga diisi dengan satu forum yang yang bertajuk Dalam Konteks Keluarga Bebas Dadah (T.A.B.A.H) iaitu Tegas, Amanah, Berani, Adil dan Harmoni.
Ahli Panel terdiri daripada Dr Lai Fong Hua, Pakar Psikitrik Hospital Pulau Pinang, En Wan Mohd Khair Wan Chik, Kaunselor Warga Sejahtera USM Pulau Pinang dan Ustaz Ibrahim Yusof dari LPPKN Pulau Pinang.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh ADUN Pulau Tikus
Ketua Jabatan Narkotik Daerah Timur Laut sedang memberi ucapan
seorang Inspektor dari Jabatan Narkotik sedang memberi taklimat berkaitan dadah
salah seorang ahli panel, Ustaz Ibrahim Yusof
YB Pulau Tikus sedang merasmikan majlis penutup
HIDUP BAHAGIA TANPA DADAH
KELUARGA BEBAS DADAH
SEKOLAH BEBAS DADAH
MASYARAKAT BEBAS DADAH
NEGARA BEBAS DADAH
Sabtu, Mac 07, 2009
Jumaat, Mac 06, 2009
Program Keceriaan SKTT
Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong telah mengadakan Program Keceriaan Sekolah secara gotong royong antara guru-guru pada petang 6 Mac 2009.
Antara aktiviti yang diadakan mencantikkan kawasan kantin, padang dan menanam pokok-pokok bunga.
Aktiviti melukis mural didinding sekolah juga turut dilakukan oleh guru-guru.
Latihan Bola Baling SKTT
Setelah selesai perlawanan Bola Sepak, Bola Jaring & Sepak Takraw, kini SKTT sedang giat melakukan latihan Bola Baling.
Pasukan Bola Baling yang diurus & dilatih oleh Cikgu Mimiwati & Cikgu Nazri mempunyai dua pasukan lelaki & perempuan.
Perlawanan Bola Baling akan diadakan pada 30 Mac 2009.
Selamat Berjaya diucapkan kepada pasukan Bola Baling
Pasukan Bola Sepak SKTT
Pasukan Bola Sepak SKTT hanya berjaya meraih tempat ketiga dalam perlawanan peringkat Zon Kelawai. Pasukan Bola Sepak SKTT tewas di tangan Sekolah Kebangsaan Telok Bahang dengan empat gol tanpa balas.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemain, pengurus & jurulatih yang terlibat. Semoga akan berusaha dengan lebih gigih lagi pada tahun hadapan dan berupaya mendapat kejayaan yang lebih cemerlang.
UPTP 1
Isnin, Mac 02, 2009
Pengawas SKTT 2009
Guru-guru Penasihat Badan Pengawas dan Disiplin.
Puan Noridayu Binti Harun.
En Mohd Nazri Bin Abu Hussain,
Cik Thilaggavathy a/p Salasamy,
Pn Norhayati Binti Mokhtar,
En Jalil Bin Abdul Karim,
Puan Fauziah Binti Salleh.
Puan Noridayu Binti Harun.
En Mohd Nazri Bin Abu Hussain,
Cik Thilaggavathy a/p Salasamy,
Pn Norhayati Binti Mokhtar,
En Jalil Bin Abdul Karim,
Puan Fauziah Binti Salleh.
Hadiah Tempat Ketiga.............
Lahitan Bola Sepak........ Menjulang Juara...
Sabtu, Februari 28, 2009
Kem Bestari Solat Fasa Pertama
Rabu, Februari 25, 2009
Kem Bistari Solat SKTT
Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong akan mengadakan Kem Bistari Solat fasa pertama pada 27 & 28 Febuari 2009.
Manakala fasa kedua akan diadakan pada 15 & 16 Mei 2009.
Berikutnya fasa ketiga akan diadakan pada 2 & 3 Oktober 2009.
Perserta sasaran adalah murid-murid tahun 1 hingga tahun 4 dianggarkan seramai 235 orang. Ibu bapa dan dermawan yang ingin menyumbang adalah dialu-alukan.
Selasa, Februari 24, 2009
Kem Kepimpinan SKTT 2009
Sek Keb Tanjong Tokong akan mengadakan Kem Kepimpinan pada semester pertama ini. Sasaran peserta adalah pengawas, ketua darjah & Penolong Ketua Darjah dan pengawas pusat sumber.
Kem kepimpinan dijangka akan diadakan pada 13, 14 & 15 Mac 2009. Seramai 100 murid yang memegang pelbagai jawatan akan mengikuti Kem Kepimpinan ini.
Objektif kem ini diadakan adalah untuk menyemai semangat kepimpinan yang baik, beramanah, bertanggungjawab kepada para peserta.
Antara penceramah yang diundang ialah mantan guru yang pernah mengajar di SKTT yang kini menyambung pengajian di Intitiut Teknologi Darul Naim, Pengkalan Chepa Kelantan, iaitu Ustaz Abd Rahman bin
Pihak sekolah mengalu-alukan kepada para ibu bapa dan dermawan yang ingin menyumbang segala bentuk sumbangan seperti biskut, sardin, roti, air minuman. Buah-buahan juga boleh disumbangkan.
Langgan:
Catatan (Atom)
