6 Tunjang KSSR, 1.Komunikasi, 2. Perkembangan Fizikal & Estetika, 3. Kerohanian,Sikap & Nilai, 4.Sains dan Teknologi, 5.Kemanusiaan, 6.Ketrampilan Diri.

Selamat Datang dan Selamat Melawat Blog Sek Keb Tanjong Tokong.

Sabtu, Oktober 17, 2009

Antara Dua Budaya 1 Malaysia - Kaligrafi Cina-Jawi


























Sedang diupdate........















Sebelum Pulang Bergambar Bersama Sebagai Kenangan.

Khamis, Oktober 15, 2009

Kenangan Kak Nab Suatu Waktu Dulu

kaknab:  salam semua, kaknab adalah bekas murid sekolah tg tokong tahun 1963 hingga 1969. cikgu salbiah PK1 kaknab kenal satu sekolah tanjung bunga, suamianya  Hassan satu kelas dengan kaknab masa sekolah rendah.

kaknab: pada tahun 1963, kami darjah satu dapat roti dengan keju percuma tiap tiap hari, tapi bodoh betul masa tu keju xlalu masin, buang keju makan roti saja, kerjaaan bagi roti dengan keju supaya murid murid dapat makan yang berzat.

kaknab: ingat lagi masa tu teacher Bahasa Inggeris ialah Mrs Rowland, mem orang putih, kalau silap sebut, the, mother, brother, dengan lidah terjelir kalau salah siap!


Gambar Kenangan Tanjong Tokong.


Gambar Masjid Tuan Guru  tahun 1957, berhampiran Sek Keb Tanjong Tokong.


Sambutan Kemerdekaan.
Dalam Gambar: Pak Man 555, Pak Khalid Posmen, Pak Omar Tompel, Pak Yusuf Ata, Pak Mat g.e., Aman gunting rambut, Pak Non gunting rambut, Pak Mad Sandun, yang in ch buka tv kat kelab, Idris Mak Bi, Cikgu Mohyen, Pitchay (india yang dok kat Mesjid Hujung), Pak Seman Kelabu, Pak Lebai Hassan, Mamak Idris roti canai, Pak Chat. "masa ni semua muda muda amboi handsome handsome semua"  kata Kak Nab. 


Gambar Tahun 1959 Sumbangan En Shabudin Bapu.  
Murid lelaki yang ketiga berdiri di barisan ke dua belakang murid perempuan yang ialah abang Kak Nab,   Ali Rejab , dah meninggal tahun sudah. Abang  Kak Nab memang Sekolah Inggeris masa tu, selepas itu berpindah ke Tanjung Bunga. Murid perempuan yang Kak Nab kenal ialah Hanum, Latifah, Hasnah, Siew Choo


Perkampungan Tanjong Tokong

Sekolah Lama Tanjong Tokong.

Kisah Kak Nab Beraya di Tanjong Tokong

Kenangan raya masa kecik kecik kat Tanjung Tokong 

masa kaknab kecik kecik beraya kat tanjung tokong adalah sesuatu yang sungguh menyeronokkan. tahu kenapa, masa tu lah dapat banyak sikit dapat duit raya, walaupun satu rumah bagi sekupang, kumpul2 boleh dapat lebih dari rm5. tu dulu, kalau rm5 kira banyaklah. masa tu lah nak beli ais cream yang paling mahal iaitu 30 sen hihihi. lawak, 30 sen ialah ais cream dalam mangkok, china topui yang jual. tok yah jual laksa memang senyum meleret sebab kami nanti makan laksa bermangkok2 satu hari, beli yang mangkok besar 20 sen, kalau mangkok kecil 10 sen. kayalah duit banyak masa tu, makan banyak mangkok. dah ada duit masa tu lah naik bas pi beraya kat tanjung bunga, batu feringgi, rumah adik beradik kawan. dah pakat naik bas satu hari lah menghilang jenuhlah mak bapa hairan pi mana ni, xbalik2 bukan cakap pun dekat makbapa nak jalan jauh, kalau cakap depa nanti xbagi pi lah. dulu dulu main mercun berdebam debum tapi tangan x cedera pun. tak macam budak budak la ni pandai pula modified. raya kat hospital. dulu kalau beli kat kedai satu papan mercun nanti dapat satu gaharu percuma untuk membakar mercun.

yang lawak sekali kalau diingat ialah rumah mana buat kueh samperit masa tu kira kelaslah, tu kueh yang termoden, sebab kueh bangkit, putu kacang, kueh loyang, bahulu kira kueh lama.
malam tujuh likur, kami semua pakai baju raya tahun sudah, kira baju baru lah. meriahlah sebab pakai baju baru, rumah rumah pun pakat pasang langsir, malam ni lah. kemeriahan beraya macam dulu sudah hilang sekarang, hambar, raya, posa, sama saja. malam raya wajib pakai inai, masing masing inai di tangan, xboleh pakai siang konon nanti ayam tegur xmerah, jadi pakai malam lah lagi pun esok nak raya nanti berserilah.  bestnya raya dolu dolu.

Kak Nab Bekas Murid SK Tanjong Tokong

Posting Kak Nab di Blognya Nostalgia, Kenangan Mengusik Jiwa yang dipetik oleh SKTT
TANJUNG TOKONG PULAU PINANG. 

Kaknab di besarkan di Tanjung Tokong, Penang, segala kenangan kenangan manis semasa kecil diTtanjung Tokong xdapat dilupakan hingga sekarang. kalau pi jalan jalan ke Tanjung Tokong kaknab ni macam semut, semut kan jumpa kawan kawan nanti bersalam, begitulah kaknab jumpa siapa pun mesti bertegur sapa, sebab kaknab ni peramah, boleh dikatankan 90% penduduk asal tanjung tokong semua kaknab kenal, sebab kaknab dulu kecik2 jual kueh, jadi, semua lorong kampung kaknab masuk. bahkan kaknab boleh ingat ini rumah siapa, itu rumah siapa, walaupun rumah sudah tiada lagi sebab dah buat apartment, flat dan kondo.




Ini ialah bangunan Kelab SetiaTanjung Tokong, kelab ini ialah tempat orang ramai menonton tv pada tahun 1964... sebelum rumah masing masing membeli tv. anak panah panjang yang dekat tingkap itulah tv diletakkan. tv sebesar 24" untuk ditonton semua penduduk Tanjung Tokong, masa tu hanya sorang dua saja yang ada tv dirumah. kami akan hampar tikar dan duduk di padang hadapan kelab itu. selalunya, hanya gambar melayu saja dibuka untuk tontonan umum, kadang kadang gambar tamil, sivaji, mgr pun di buka juga. kaknab masih ingat lagi, gambar melayu dulu ditayangkan hari rabu pukul 9 malam. 8.30 penuhlah di padang, yang datang awal akan hampar tikar di hadapan, yang lambat akan ke belakang sikit. . masa tu selepas berita melayu, selalu dibacakan oleh Zainal Fitri, pukul 9.00 baru start gambar melayu, Pak Mad Sandun akan buka kerna dia in charge, kalau dia lambat datang ada yang pergi menurutinya di rumah. hahahaha, xsenang duduk Pakmad ni. kadang kadang ada pula van dari JabatanPpenerangan datang menayangkan wayang gambar di padang kelab ini, apabila orang ramai datang untuk menonton wayang jabatan penerangan akan menghebahkan apa apa issue yang penting untuk pengetahuan umum. masa tu lah kaknab pun xketinggalan dengan kawan kawan menjual tebulah, menjual kacang kuda lah. cari duit.
memang seronok, kanak kanak sekarang tidak merasa itu semua.
oh ya, di kelab ini jugalah kaknab belajar menaip masa tu kaknab form 3 tahun 1972. yuran dikenakan cuma rm5 saja. seminggu 3 kali. 1 jam tiap tiap sesi kelas, tapi kaknab dengan kawan kaknab Faridah, sekarang kerja kat jabatan pendaftaran negara, akan belajar sampai 3 -4 jam, sebab ada mesin taip yang kosong, lagipun rumah kami dekat saja dengan kelab.

di Tanjung Tokong rumah pertama yang membeli tv pada tahun 1963, rumah mak Iti, iaitu rumah Tan Sri Elyas Omar, bekas datuk bandar kuala lumpur, masa tu semua budak budak pakat terpa pi rumah dia, sampai pecah pasu bunga mak Iti, kaknab pun xketinggalan abang kaknab bawa pi sama tengok masa tu kaknab kecik lagi darjah 1. balik cerita kat mak kaknab, kami tengok radio ada gambar hahahaha, xtau apa masa tu. geli hati kalau diingatkan.

semua itu tinggal kenangan, tapak rumah pertama yang mak kaknab sewa pun kini dah jadi pangsapuri,rumah sewa yang kedua pula, sebab rumah pertama tuan rumah jual, dah diruntuhkan untuk pembangunan. Wpun kaknab tidak tinggal lagi di tanjong tokong, itulah tempat yang pertama ingin kaknab lawati selalu, berjumpa kawan kawan sepermainan, ada yang dah beranak cucu, ada yang masih belum kahwin walapun sebaya kaknab.

Kini TanjungTokong menjadi issue, penduduk2nya takut akan terjadi macam Kg Buah Pala, mereka mahu Tanjong Tokong dijadikan Kg Warisan kerana Tanjong Tokong merupakan kampong yang tertua di Pulau Pinang.