6 Tunjang KSSR, 1.Komunikasi, 2. Perkembangan Fizikal & Estetika, 3. Kerohanian,Sikap & Nilai, 4.Sains dan Teknologi, 5.Kemanusiaan, 6.Ketrampilan Diri.

Selamat Datang dan Selamat Melawat Blog Sek Keb Tanjong Tokong.

Isnin, Mac 09, 2009

Seminar Memperkasa Keluarga Bebas Dadah

Pada 8 mac 2009 pihak sekolah telah menghantar wakil ibu bapa, guru & PIBG ke Seminar Memperkasa Keluarga Bebas Dadah anjuran Biro Wanita PEMADAM Daerah Timur Laut.

Seminar diadakan di Berjaya Hotel, Pulau Tikus bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Selain taklimat dari pihak Jabatan Narkotik Daerah Timur Laut, Seminar juga diisi dengan satu forum yang yang bertajuk Dalam Konteks Keluarga Bebas Dadah (T.A.B.A.H) iaitu Tegas, Amanah, Berani, Adil dan Harmoni.

Ahli Panel terdiri daripada Dr Lai Fong Hua, Pakar Psikitrik Hospital Pulau Pinang, En Wan Mohd Khair Wan Chik, Kaunselor Warga Sejahtera USM Pulau Pinang dan Ustaz Ibrahim Yusof dari LPPKN Pulau Pinang.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh ADUN Pulau Tikus



Ketua Jabatan Narkotik Daerah Timur Laut sedang memberi ucapan


seorang Inspektor dari Jabatan Narkotik sedang memberi taklimat berkaitan dadah


salah seorang ahli panel, Ustaz Ibrahim Yusof


YB Pulau Tikus sedang merasmikan majlis penutup

HIDUP BAHAGIA TANPA DADAH

KELUARGA BEBAS DADAH

SEKOLAH BEBAS DADAH

MASYARAKAT BEBAS DADAH

NEGARA BEBAS DADAH

Tiada ulasan: