6 Tunjang KSSR, 1.Komunikasi, 2. Perkembangan Fizikal & Estetika, 3. Kerohanian,Sikap & Nilai, 4.Sains dan Teknologi, 5.Kemanusiaan, 6.Ketrampilan Diri.

Selamat Datang dan Selamat Melawat Blog Sek Keb Tanjong Tokong.

Sabtu, Mac 28, 2009

Mesyuarat Agung PIBG SKTT Sessi 2008/2009



Persatuan Ibu Bapa & Guru Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong telah mengadakan Mesyuarat Agung bagi sessi 2008/2009.


Mesyuarat Agung telah diadakan pada petang tadi 28 mac 2009, bermula dari jam 2 petang dan berakhir kira-kira jam 6 petang.


Perjalanan majlis bermula dengan ucapan Usatazah Noridayu selaku Pengerusi Majlis, diikuti dengan ucapan sepatah dua kata dari Puan Guru Besar Puan Salumah Mohd.


Majlis turut diserikan dengan ucapan aluan Naib Yang Dipertua PIBG En Raja Jaafar bin Raja Abdul Malek sebelum seterusnya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Mantan Yang Dipertua PIBG Encik Yusri bin Samsudin.


Mesyuarat Agung bermula dengan perlantikan Encik Fauzan bin Ismail sebagai Pengerusi sementara mesyuarat, seterusnya Ahli Mesyuarat bersetuju melantik beliau sebagai YDP PIBG sessi 2009/2010 selepas pengiraan undi dengan tiga pencalonan YDP.


Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG sessi 2009/2010


Yang Dipertua : Encik Fauzan bin Ismail

Naib Yang Dipertua : Encik Hashim bin Ismail

Setiausaha : Encik Amran bin Abdul Manaf

Penolong Setiausaha : Puan Muliati binti Mohd Arif

Bendahari : Cik Teh Ai Peng

AJK Guru :

  1. Puan Yue Ah Guat
  2. Puan Hamizah binti Saleh
  3. Puan Sahida binti Jaafar
  4. Encik Khairul Azhar bin Abdul Manaf
AJK Ibu Bapa:

  1. Puan Junaidah binti Kassim
  2. Puan Azizah binti Mohd Sa
  3. Encik Raja Jaafar bin Raja Abd Malek
  4. Encik Rosli
  5. Encik Khairudin bin Ismail

Pemeriksa Kira-Kira:

  1. Puan Mimiwati binti Ismail ( wakil guru )
  2. Encik Wahab ( wakil ibu bapa )

Banyak juga usul-usul membina yang telah dibincangkan dan diterima oleh Ahli Mesyuarat. Segala keputusan akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG sessi 2009/2010.


Tahniah kepada saf baru kepimpinan PIBG yang telah dipilih. Semoga dapat menjalankan tugas&membantu pihak sekolah dengan lebih cemerlang. Ucapan terima kasih juga kepada mantan-mantan AJK PIBG sessi 2008/2009, segala jasa dan bakti yang dicurah tetap dalam kenangan. Semoga menjadi Amal Jariah yang berpanjangan.



Tiada ulasan: