6 Tunjang KSSR, 1.Komunikasi, 2. Perkembangan Fizikal & Estetika, 3. Kerohanian,Sikap & Nilai, 4.Sains dan Teknologi, 5.Kemanusiaan, 6.Ketrampilan Diri.

Selamat Datang dan Selamat Melawat Blog Sek Keb Tanjong Tokong.

Sabtu, Februari 14, 2009

Kelab Taekwando Sek Keb Tanjong Tokong

Bermula pada 6 febuari 2009 yang lepas Kelab Taekwando Sekolah telah memulakan sessi latihan untuk ahli kelab. Latihan akan diadakan setiap hari jumaat jam 4-6 petang. Setakat ini penyertaan ahli masih kurang memberangsangkan. Kelab taekwando sekolah dipimpin oleh Cikgu Thuraisinggam. Manakala latihan diketuai oleh Sir Maniam dan beberapa orang anak muridnya. Adalah diharapkan ibu bapa dapat menghantar anak2 mereka ke kelab ini kerana banyak kebaikkannya.


Dengan hanya yuran pendaftaran tahunan RM20 bagi murid baru dan RM10 bagi murid lama, yuran bulanan RM15 setiap bulan ( diskaun diberi kepada adik beradik) murid2 akan mendapat ilmu memeprtahankan diri demi keselamatan mereka.

antara aktiviti kelab taekwando, mengadakan persembahan

Tiada ulasan: