6 Tunjang KSSR, 1.Komunikasi, 2. Perkembangan Fizikal & Estetika, 3. Kerohanian,Sikap & Nilai, 4.Sains dan Teknologi, 5.Kemanusiaan, 6.Ketrampilan Diri.

Selamat Datang dan Selamat Melawat Blog Sek Keb Tanjong Tokong.

Khamis, Mei 28, 2009

Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah

Murid-murid berada dalam dewan.

Puan Shahida Binti Jaafar sedang mempengerusikan acara majlis sambutan.


Cikgu Jalil Bin Abdul Karim, Pengerusi Kelab Guru menyampaikan ucapan aluan.
Ustaz Baba sedang membacakan doa memohon keberkatan majlis.

Barisan Guru-guru sedang menyanyikan lagu Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa.

Ustaz Baba bersama Puan Guru Besar dan Puan PK 1.

Encik Nazri Bin Abu Husseian membaca perutusan Menteri Pelajaran

Encik Amran Bin Ab Manaf sedang membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.


Cikgu Tinaswary, Cikgu Seah Li Im, Cikgu Khoo Lee Shee Khusuk mendengar perutusan.




Encik Amram Ab Manaf menyampaikan taklimat kepada peserta Sukaneka Hari Guru.





Selasa, Mei 26, 2009

Bersama Vitagen







LAGU HARI GURU 2009

Guru Pembina Negara Bangsa

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

korus

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Sabtu, Mei 16, 2009

Selamat Hari Hari Guru

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang1979